KUASA-KUASA PESURUHJAYA SUMPAH.
Kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori pegawai awam, pegawai badan berkanun atau mana-mana orang lain) ada diperuntukkan di bawah Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. Berikut adalah kuasa-kuasa Pesuruhjaya Sumpah (kategori pegawai awam, pegawai badan berkanun atau mana-mana orang lain) namun tertakluk kepada syarat atau batasan pelantikannya:
A. mengendalikan sumpah untuk-
i. justifikasi jaminan;
ii. mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;
iii. sumpah wasi dan pentadbir; dan
iv. sumpah mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah.
B. mengambil dan menerima akuan berkanun. (Akta Akuan Berkanun 1960)Â