Kami melalui My Corporate Advisory & Secretarial merupakan entiti yang menjalankan perkhidmatan Setiausaha Syarikat bagi syarikat baru dan juga syarikat sedia ada yang ingin mendapatkan kami sebagai setiausaha syarikat yang baharu.
Tanggungjawab
Setiausaha syarikat mempunyai pelbagai tanggungjawab dan kewajipan dalam memenuhi peranan mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada tanggungjawab berkenaan dengan:
• Daftar Syarikat & Rekod Berkanun
• Pemberitahuan kepada Pendaftar Syarikat
• Mesyuarat pengarah dan ahli
• Akaun
• Laporan Tahunan. (Annual Return)
Daftar Syarikat
Setiausaha syarikat biasanya bertanggungjawab untuk penubuhan dan penyelenggaraan daftar syarikat. Akta Syarikat 2016 menghendaki supaya daftar berikut (bersama-sama dan secara berasingan dirujuk sebagai "Daftar") diwujudkan:
• Daftar Ahli
• Daftar Pengarah, Pengurus & Setiausaha
• Daftar Pegangan Saham Pengarah
• Daftar Caj (jika aset atau harta syarikat tertakluk kepada caj atau cagaran).
• Daftar Pemegang Debentur (jika syarikat mengeluarkan debentur)
• Daftar Pemegang Opsyen dan salinan dokumen opsyen (jika syarikat memberikan opsyen ke atas saham atau kepentingan yang tidak diterbitkan)