Kadar Cukai Perniagaan (Enterprise) adalah tertakluk kepada kadar cukai individu. Penentuan Pendapatan Bercukai adalah daripada akaun enterprise yang di serah simpan kepada LHDN melalui borang eB.
Borang eB boleh diserahsimpan melalui atas talian atau secara manual. Bagi serahsimpan secara manual, tarikh akhir penyerahan yang wajib diterima pihak LHDN adalah 30 June setiap tahun. Sekiranya 30 June jatuh pada hari minggu, tarikh sebelumnya akan di ambil kira untuk mengelakkan penalti serah lewat.
Boran eB yang di serahkan atas talian, boleh di hantar selewatnya 5 Julai setiap tahun. Bagi rate pendapatan bercukai melebihi RM100,002.00 , kadar yang dikenakan oleh LHDN adalah 25%. Sebagai contoh, pendapatan bercukai pemilik enterprise adalah RM 200,000.00 maka, RM 100,001.00 kadar nya adalah RM9,400.00 dan kadar 25% bagi amaun RM 99,999.00 iaitu RM 24,999.75.
Bermakna cukai bagi pemilik ini adalah RM 94,00.00 + RM 24,999.75 = RM 34,399.75.
Oleh yang demikian, sekiranya pendapatan bercukai syarikat enterprise telah melebihi RM 500,000.00, adalah di galakkan pemilik untuk menjalankan perniagaan dengan menubuhkan syarikat SDN. BHD.
KADAR CUKAI SYARIKAT & INDIVIDU