Selamat datang ke ZAMRI SAID & CO. (NF 2768)

ZAMRI SAID & CO. adalah firma yang ditubuhkan pada September 2023 yang di daftarkan di bawah Malaysian Institute of Accountants (MIA). Perkhidmatan yang diberikan oleh kami adalah mengantikan entiti perniagaan yang lama iaitu ZAMS MANAGAMENT CONSULTANTS. Sebuah entiti perniagaan yang ditubuhkan pada September 2010. Perkhidmatan yang diberikan adalah kesinambungan perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelanggan sejak 14 tahun yang lalu.

Perkhidmatan Kami:

1.  Penyediaan Penyata Kewangan Syarikat / Perniagaan: Kami menawarkan perkhidmatan penyediaan penyata kewangan bagi Syarikat dan Perniagaan secara bulanan dan tahunan yang lengkap untuk tujuan audit, pengiraan cukai dan juga tujuan lain seperti permohonan pembiayaan. 


2. Penubuhan Syarikat Sdn Bhd: Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan syarikat sdn. bhd yang lengkap. Kami merupakan Setiausaha Syarikat yang memperoleh sijil amalan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Dengan fee yang berpatutan dan proses pendaftaran dalam masa 3 hari bekerja setelah semua dokumen yang diperlukan telah lengkap.


3. Bertindak sebagai Setiausaha Syarikat: Kami merupakan setiausaha syarikat berdaftar yang memberikan perkhidmatan setiausaha syarikat dengan fee yang berpatutan. Berurusan bagi pematuhan syarikat pelanggan dengan semua akta seperti Akta Syarikat 2016, Akta Cukai Pendapatan 1967 serta lain-lain keperluan seperti audit dan seumpamanya.


4. Khidmat Nasihat : Segala perkhidmatan adalah semua berkaitan dengan audit, cukai dan hal-hal berkenaan perniagaan.



5. Pesuruhjaya Sumpah: Perkhidmatan ini memerlukan pelanggan (deponen) hadir ke pejabat kami untuk membuat sumpah ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan


6. Pendaftaran & Pembaharuan MOF : Perkhidmatan baru yang kami tawarkan.


 

Mengapa Memilih Kami:

§  Kecekapan dan Kebolehpercayaan: Kami menjunjung tinggi kecekapan dan kebolehpercayaan dalam setiap tindakan kami. Pelanggan kami boleh yakin bahawa perniagaan mereka diurus dengan teliti oleh profesional yang berkelayakan.


§  Penyesuaian Perkhidmatan: Kami memahami setiap perniagaan unik. Oleh itu, kami menyediakan penyelesaian perkhidmatan yang disesuaikan dengan keperluan dan matlamat kewangan pelanggan kami.


§  Komitmen Kepada Kepuasan Pelanggan: Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami berkomitmen untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan fokus kepada kepuasan dan kejayaan setiap pelanggan.




Visi & Misi / Vision & Mission

Visi: Menjadi firma perakaunan Bumiputera pilihan utama SME di Malaysia.
Misi: Memberikan penyelesaian kewangan yang tepat, telus dan mematuhi undang-undang.

Vision: To be the preferred Bumiputera accounting firm for SMEs in Malaysia.
Mission: To deliver accurate, transparent, and compliant financial solutions.


 

Jika anda mencari rakan perniagaan yang boleh dipercayai untuk menyokong pertumbuhan Syarikat / Perniagaan anda, ZAMRI SAID & CO. sedia membantu. Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.

Terima kasih atas kepercayaan anda kepada ZAMRI SAID & CO.